SUMPAHAN GURUKU.....

TINGGAL BEBERAPA MINIT LAGI SUMPAHAN GURUKU AKAN TERKENA JIKA TAK MELAKUKANKANNYA.......

Apa aku pelajari dalam dua kelas Dr. Azizan Osman benar2 mengubah perspektif hidupku. Dia bukan mengajar tentang bagaimana nak kaya , atau buat duit dalam perniagaan. Dia mengajar erti kehidupan. Hidup dengan memberi manafaat kepada orang lain. Berniaga adalah salah satu cara yang boleh memberi impak yang besar.

Dia sendiri pernah gagal dalam kehidupan dan perniagaan. Apa yang dikongsi lebih kepada pengalaman hidupnya, Disamping tips dan teori pemasaran yang diaplikasi olehnya dan berkesan.
Mungkin orang menganggap kebanyakan pelajarnya begitu taksub dengan beliau, sebenarnya lebih kepada menghormati dan menyanyangi, kerana itu yang diajar didalam kelas nya , saling mendoakan dan menyayangi sesama sahabat. Kami menangis dan berpelukan tanpa mengenali satu sama lain sebelum itu.

Balik dari kelas IMKK Mac 2016, minda seperti dibuka dari halangan sebelum ini. Aku lebih nampak visi lebih jelas. Sebelum ni pun pernah pergi kelas utk mengenali potensi diri, bersih aura, tapi tak mendalam seperti IMKK. Kolam jiwaku memang dicuci segala karat, keladak yang bertahun2 terpendam.Belajar untuk betul2 memaafkan orang, Bila buat yang itu memang terasa ringan beban yang tertanggung dihati selama ini. Perbaiki hubungan dengan ibubapa yang selama ini renggang kerana masalah peribadi. Bila berdoa selalu menangis kerana mengabaikan mereka selama bertahun-tahun kerana tekanan perasaan yang terpendam yang memakan diri dan merosakkan hubungan .





Memang betul kata2 Dr, Azizan  pemikiran , ucapan, perasaan dan tindakan kita menentukan siapa diri kita. Pesan dia buat je apa yang dia cakap jangan percaya...tapi kesan dari tindakan yang kita buat ternyata luar biasa. Untuk berjaya kunci nya adalah konsistensi....istiqomah...dalam bahasa malaysia berterusan.. lakukan sesuatu secara berterusan sehingga berjaya. Bila dah berjaya tingkatkan lagi atau perbaiki lagi sehingga berjaya juga. Tiada satu ijazah pun yang boleh menjamin kejayaan seseorang. Semuanya atas usaha yang berterusan dengan penyerahan pada yang MAHA KUASA.

Untuk berjaya dunia dan akhirat, jaga hubungan dengan PENCIPTA dan hubungan dengan IBUBAPA. Memang orang cakap senang , nak buat tu rasa payah sebab tak biasa. Langkah pertama menentukan langkah yang seterusnya. Yang penting perlu memulakan . Biasakan yang tak biasa lama2 , bila dah biasa kita akan menyukainya....

JOM TAHAJJUD....

#biasakanyangtakbiasa.
#sayangibubapa
#akukayaberjayadanbahagia


Comments

Popular posts from this blog

MINYAK RAMBUT4 in1